Budaya minum teh Dim_sum

Rencana utama: Yum cha

Meminum teh bersama dim sum merupakan perkara penting dan ia dianggap salah satu makanan. Teh yang kuat, adalah teh yang ditapaikan, dan ia dipercayai membantu dalam pencernaan makanan, teh ini dikenali sebagai bolay (po lai, pu erh). Teh bunga kekwa, Oolong (wu lung) dan teh hijau juga boleh dihidang.

Ia menjadi adat untuk menuang teh pada orang lain terlebih dulu sebelum menuang pada diri sendiri. Penerima akan mengetuk jari telunjuk dan jari tengah di atas meja, adat ini merupakan unik bagi orang Kantonis untuk mengucapkan tanda terima kasih pada penghidang tadi.

Dikatakan sejajar dengan upacara tunduk hormat sebagai tanda penghormtaan kepada seseorang. Asal isyarat ini diceritakan dari mulut ke mulut atau lebih tepat , iaitu khabar angin atau dengar cakap: Maharaja yang tidak dikenali pergi minum teh dengan kawan-kawannya di luar istana; tidak mahu menarik perhatian ramai, Maharaja menyamar. Walaupun ia waktu minum teh, sahabatnya telah menuang teh pada Baginda, sebagai melambangkan satu isyarat penghormatan. Bagi memastikan penyamaran terus belaku dan tidak mahu mendedahkan identiti Maharaja di khalayak ramai, sahabatnya melakukan isyarat tunduk hormat. Bagi membalas balik tanda hormat itu, Maharaja telah mengetuk meja dengan menggunakan jari tengah dan jari telunjuk sebagai lambang penghargaan.

Bagi membolehkan pelayan menuang teh ke dalam teko untuk beberapa kali, isyarat mengetuk meja dengan jari tengah dan telunjuk juga dilakukan. Selain itu, membiarkan tempat penutup teko terbuka. Dikatakan, perbuatan ini dilakukan kerana suasana di dalam restoran itu sendiri, bising hasil dari perbualan pelanggan atau pelanggan tidak mahu diganggu ketika berbual.

Jenis-jenis teh cina

Teh dihasilkan di China lebih dari 20 wilayah. Pokok teh cina (Camellia sinensis) ditanam di kawasan pergunungan tropika dan subtropika atau di mana bahagian yang mempunyai iklim bersesuaian, kadar kelembapan yang mencukupi, cahaya matahari yang memadai dan tanah yang subur.

Teh cina diklasifikasi mengikut ciri-cirinya dan kaedahnya, seperti, kualiti, cara pembuatan atau dari mana ia dihasilkan. Cara pemprosesan utama termasuk penapaiaan (pengoksidaan), pemanasan, pengeringan dan penambahan bahan seperti bunga-bungaan, herba atau buah-buahan untuk membantu dalam mendapat perasa tambahan bagi daun teh.

  • Teh Hijau
Dipetik segar dari ladang melalui proses pemanasan dan pengeringan, tetapi tidak menjalani proses penapaian. Ini membolehkan daun teh dapat mengekalkan warna kehijauan mereka dan mengekalkan bahan yang paling semula jadi seperti polyphenols dan klorofil yang terkandung di dalam daun. Jenis teh ini banyak dihasilkan di seluruh China dan merupakan yang paling popular. Jenis ini termasuk Naga (Long Jing) dan Biluochun, masing-masing dari Zhejiang dan Wilayah Jiangsu.
  • Teh merah atau Teh hitam
Daun teh melalui proses penapaian yang lama, bagi mendapatkan dan membenarkan rasa yang kuat dan warna yang gelap atau kehitam-hitaman. Rasanya lebih tahan lama dan mempunyai kadar kafein yang tinggi. Jenis teh ini merupakan yang paling popular di Asia Selatan dan Eropah.
  • Teh oolong
Sebahagian daun teh ditapai, menjadikan daun-daun ini mempunyai ciri-ciri teh hijau dan hitam. Rasa adalah lebih serupa dengan teh hijau daripada teh hitam, tetapi mempunyai kurang rasa "berumput" daripada teh hijau. Ketiga-tiga kawasan utama pengeluar teh oolong terletak di pantai tenggara China seperti Fujian, Guangdong dan Taiwan.
  • Teh puer
Sejenis teh hitam. Daun teh telah melalui proses penapaian yang makan tahun, bagi membolehkan rasa sederhana yang unik. Teh jenis ini biasanya dimampat menjadi bentuk seperti blok bata, cakera dan mangkuk.
  • Teh wangi
Dibuat dari jenis teh seperti teh hijau, teh hitam atau teh oolong. Bunga-bungaan termasuk melur, cempaka, magnolia, bunga limau gedang, mawar dan osmanthus. Teh bunga melur antara yang paling popular. Namun, semua ini perlu melalui peraturan perkadaran yang ketat.

Pelbagai kaedah penyediaan teh bermaksud teh yang berlainan mempunyai bahan-bahan bioaktif yang berbeza. Sebagai contoh, teh hijau sahaja mempunyai pemprosesan terhad supaya ia mengekalkan kandungan bahan-bahan semulajadi yang agak tinggi , bermaksud teh hijau mempunyai unsur anti-penuaan yang kuat, anti-kanser dan anti-bakteria. Teh Oolong, yang mana sebahagiannya ditapai, agak kuat dalam pemecahan protein dan lemak, membantu dalam penurunan berat badan. Teh merah yang telah melalui proses penapaian penuh telah kehilangan 90% daripada polifenol tetapi mengekalkan kandungan kafeina yang tinggi.[3]